About Us

SUZIE BAKERY CAKE HOUSE (SBCH) diasaskan sejak 2007 dari kecil-kecilan di sekitar Lembah Klang, sehinggalah 2011 kami melebarkan perniagaan dengan membuka kedai di Kuala Selangor.


SBCH menjalankan perniagaan khusus dalam pelbagai jenis bahan-bahan bakeri yang berkualiti seperti serbuk perasa untuk makanan dan minuman, dekorasi cake, keperluan dan peralatan bakeri. Bekalan bahan-bahan basah dan kering untuk membuat kek, roti, biskut dan minuman ringan juga terdapat di SBCH. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, SBCH telah membuka “Kelas Membuat Kek” untuk memberi peluang kepada pelanggan yang ingin belajar dan mengetahui rahsia ke lazatan membuat kek daripada Chef Suzie (pemilik SBCH). Kami juga menerima tempahan kek untuk Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Hari Jadi, Keramaian dan sebagainya.


Misi kami adalah untuk memperluaskan lagi perniagaan ke pasaran antarabangsa pada tahun 2020. Kami bertekad untuk meningkatkan kepuasan kepada pelanggan. SBCH bertekad sentiasa menjaga kualiti produk dan perkhidmatan dari masa ke semasa.